Wednesday 23 February 2011

TOK SIAK


TAJUK:TOK SIAK MASJID NUR

DISEDIAKAN UNTUK:

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah CTU 551



DISEDIAKAN OLEH:
NADRATUL NAIM BINTI ABDUL MANAF
No Matrik : 2010643302
Kumpulan: BMB2Ac
Tarikh Hantar:23/2/2011


PROGRAM:
IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUSAN PERNIAGAAN (KEPUJIAN) PENGURUSAN SUMBER MANUSIA(BM223)

KANDUNGAN

1.Isi kandungan
2.Pendahuluan
3. Abstrak
4.Aktiviti-aktiviti masjid
5.Tugas-tugas Siak
6.Cabaran-cabaran
7.Harapan dan Amanat
8. Kesimpulan
9.Rujukan

PENDAHULUAN

Segala puji bagi ALLAH SWT ,Tuhan Seru Sekalian Alam.Selawat dan salam semoga selalu tercurah kepada Nabi Muhammad SAW ,kepada keluarganya yang teramat  soleh.
Alhamdulilah ,saya telah berjaya menyiapkan kerja kursus bagi subjek CTU 551 ini dengan berkat pertolongan ramai orang dan ALLAH SWT.
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Abdul Aziz yang memberi tunjuk ajar bagi menyiapkan tugasan ini.Beliau telah menerangkan kepada saya dan teman-teman saya bagaimana caranya untuk menemu ramah seseorang,cara untuk menggendalikan soalan-soalan  yang ingin di tanya dan sebagainya.
            Saya juga ingin mengucapakan ribuan terima kasih kepada Haji Ishak Bin Haji Salleh kerana sudi melapangkan masa untuk di temu ramah oleh saya walaupun jadual hariannya agak padat pada waktu siang hari.Beliau juga tanpa segan silu menceritakan pengalamannya menjadi siak kepada saya.Ahli-ahli keluarganya juga turut membantu saya dalam menyampaikan maklumat-maklumat penting tentang Masjid Nur.
            Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada emak dan ayah saya yang membenarkan dan menemani saya sepanjang temu ramah itu berlangsung.Ibu bapa saya turut memberi sokongan penuh dan semangat  kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini.
            Saya juga ingin mengucapkan ucapan penghargaan saya  kepada sahabat-sahabat yang berada di dalam satu perjuangan dengan saya di UITM ini kerana mereka sudi menolong saya untuk menyiapkan tugasan ini.Mereka sudi memberi maklumat seperti berkongsi hadis-hadis yang sesuai dengan tugasan ini.
            Sekian ,terima kasih...
           

ABSTRAK

                              Masjid berasal daripada perkataan Arab "sa-ja-da" yang bermaksud sujud iaitu perbuatan di mana umat Islam meletakkan dahi ke posisi yang paling rendah, separas dengan tapak kaki tempat berdiri. Maksud sujud di sini ialah menyembah Allah s.w.t. Jadi masjid ialah rumah tempat menyembah Allah s.w.t. atau rumah Allah (Baitullah). Sejak dari zaman Nabi Muhammad lagi,masjid menjadi  sebuah tempat yang mempunyai banyak fungsi.Masjid berfungsi sebagai pusat ilmu dunia dan akhirat,pusat ekonomi,pusat  santapan rohani dan sebagainya. Rumah Allah yang paling utama ialah Baitullah al-Haram iaitu Kaabah di Makkah al-Mukarramah.
                              Masjid di uruskan oleh ahli-ahli jawatankuasa masjid yang di pilih oleh orang ramai.Masjid mestilah di uruskan dengan baik oleh ahli-ahli jawatankuasa masjid.Antara jawatankuasa yang wujud ialah imam,bilal,siak dan sebagainya.Seorang Siak juga merupakan orang yang penting dalam menguruskan keadaan masjid,kebajikan maasyarakat dan sebagainya.

BIODATA HAJI ISHAK BIN HAJI SALLEH 
        
Nama penuh beliau ialah Haji Ishak Bin Haji Salleh.Beliau berumur 65 tahun dan sudah berkhidmat sebagai tok siak selama 11 tahun di Masjid Sungai Baru Tengah.Nombor kad pengenalan beliau ialah 460831-02-5303.Beliau menetap  di Nombor 14,Kampung Sungai Baru Tengah,05150 Alor Setar,Kedah.Beliau mempunyai seorang isteri,5 orang anak dan 8 orang cucu.Beliau bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sungai Baru.Sewaktu dirinya masih kecil,ibu bapanya sudah mendidik an memupuknya dengan dengan ilmu-ilmu agama ,ilmu dunia dan akhirat.Bapanya merupakan seorang lelaki yang  sangat tegas dalam hal-hal agama tetapi seorang yang berhati lembut,pemurah,baik dan jujur.

Beliau menyatakan bahawa beliau sudah di ajar membaca dan menghafal  Al –Quran,menghafal hadis-hadis dan belajar sembahyang fardhu dan sunat pada usia 5 tahun.Pada waktu lapang,beliau gemar membaca Al-Quran,surat khabar,kitab-kitab dan lain-lain lagi.Beliau juga sering menunaikan solat-solat sunat terutamanya solat sunat Dhuha yang perlu di lakukan pada waktu pagi. 

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ
سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ صَلَّى الضُّحَى ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً بَنَى اللَّهُ لَهُ قَصْرًا مِنْ ذَهَبٍ فِي الْجَنَّةِ

Daripada Anas bin Malik, Sabda Nabi SAW ; "Barang siapa sembahyang dhuha 12 rakaat, Allah akan membuat baginya istana daripada emas di syurga"                                                                         (Riwayat Tirmidzi & Ibnu Majah)

Rasulullah bersabda yang bermaksud,
"Siapa saja yang dapat mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, akan di ampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan."
 
AKTIVITI-AKTIVITI YANG DI JALANKAN DI MASJID NUR

Pelbagai aktiviti yang di jalankan bagi menarik minat orang ramai untuk mengunjungi Masjid Nur.Aktiviti yang di jalankan sering mendapat sambutan  yang hangat daripada orang kampung.Ahli-ahli jawatankuasa  di Masjid Nur selalu mendapat idea-idea yang bernas daripada orang ramai untuk meningkatkandan memeriahkan lagi  kegiatan aktiviti yang di jalankan.
            Aktiviti-aktiviti yang di jalankan di Masjid Nur dapat di bahagikan kepada 4  aktiviti iaitu aktiviti harian,mingguan,bulanan dan tahunan.
            Aktiviti harian yang di jalankan ialah solat berjemaah pada setiap waktu solat iaitu pada waktu subuh,zohor,asar,maghrib dan isyak’.Selain itu,ada bacaan Al-Quran yang di baca secara individu pada selepas waktu sembahyang berjemaah.Pada bulan Ramadhan pula,aktiviti sembahyang terawih berjemaah tetap akan di teruskan seperti biasa pada setiap waktu malam.Pada waktu itu,para jemaah yang hadir amat ramai tanpa mengira tua atau muda kerana ingin menunaikan solat terawih pada waktu malam hari.
            Aktiviti mingguan pula ialah aktiviti yang di jalankan di Masjid Nur pada setiap hujung minggu.Setiap malam hari Khamis,para jemaah akan beramai-ramai akan  membaca Surah Yassin.Ada juga orang kampung yang mengambil peluang dengan  membuat kenduri secara  kecil-kecilan pada hari itu.Pada pagi hari Jumaat  dan Sabtu pula,masyarakat di Kampung Sungai Baru akan membaca Al-Quran secara beramai-ramai di dalam masjid.Ramai orang kampung yang  melibatkan diri dalam aktiviti ini, tidak kiralah golongan tua atau pun muda.Bahkan terdapat juga golongan kanak-kanak yang terlibat.
            Di atas permintaan penduduk kampung,seorang ustaz telah di tugaskan untuk mengajar anak-anak penduduk tentang tajwid,tafsir dan sebagainya tentang bacaan Al-Quran.Ustaz ini akan datang mengajar pada setiap hari Jumaat dan Sabtu pada pukul 8.00 pagi hingga 11.00 pagi.Pada musim cuti sekolah pula,aktiviti ini di adakan pada waktu petang pada pukul 4.00 petang hingga 6.00 petang pada setiap hari kecuali hari Jumaat sahaja. 

            Qatadah (r.a.) meriwayatkan bahawa:
“Allah Ta’ala telah mengurniakan kepada setiap Nabi dengan wajah yang tampan dan suara yang lunak merdu.Begitu jugalah Rasulullah (s.a.w.) mempunyai wajah yang tampan dan suara yang lunak merdu.Baginda  tidak membacanya seumpama orang menyanyi.”

Qatadah (r.a.) meriwayatkan :
“Aku telah berkata kepada Anas bin Malik: “Bagaimanakah bacaan Rasulullah(s.a.w)?”Beliau menjawab : “Rasulullah (s.a.w.) membacanya dengan tajwidnya.”

            Aktiviti bulanan pula ialah melakukan aktiviti ini sekali dalam sebulan. Aktiviti yang di jalankan ialah aktiviti gotong-royong,mendengar ceramah dan lain-lain lagi.Aktiviti gotong-royong ini di lakukan pada waktu pagi hari Sabtu kerana pada itu ramai penduduk kampung yang bercuti dan mendapat banyak tenaga kerja bagi memudahkan kerja-kerja pembersihan.Gotong-royong ini adalah untuk mencuci tingkap-tingkap masjid,mencuci longkang dan kolah,memotong rumput-rumput yang panjang di perkarangan masjid dan menyusun Al-Quran dan kitab-kitab yang terdapat di ruang sudut Masjid Nur.
Aktiviti tahunan pula ialah aktiviti –aktiviti yang di jalankan sepanjang tahun itu.Contoh aktiviti tahunan ialah Maulidur Rasul,Solat Hari Raya, Solat Hajat,korban dan sebagainya.Apabila menyambut Maulidur Rasul,penduduk kampung akan berarak beramai-ramai di jalan-jalan raya sambil memegang sepanduk.Aktiviti ini amat meriah sekali kerana mendapat sambutan yang hangat daripada  golongan tua,remaja dan kanak-kanak.Penduduk kampung akan memakai pakaian yang sopan seperti baju Melayu dan baju kurung.   

TUGAS-TUGAS HAJI ISHAK

            Beliau memulakan tugas sebagai Siak pada umur 54 tahun.Beliau melakukan kerja ini bukanlah kerana gilakan duit atau mendapatkan nama tetapi suka berada di masjid untuk mendekatkan diri kepada AlLAH SWT.Dari pemerhatian saya  secara peribadi,saya melihat anak-anaknya  juga sering hadir ke masjid untuk menunaikan sembahyang berjemaah dan cucu lelakinya kadang- kala melaungkan azan di masjid.
            Tugas-tugas sebagai Siak ialah membentangkan sejadah untuk jemaah yang hadir untuk menunaikan sembahyang.Beliau akan pergi ke masjid lebih awal berbanding orang-orang  kampung yang lain.Beliau menyatakan bahawa beliau akan bangun pada pukul 5.00 pagi untuk bersiap sedia ke masjid.Beliau ke masjid dengan menaiki sebuah motorsikal miliknya.Beliau turut memastikan kain sejadah yang di bentangkan dalam keadaan bersih dari sebarang najis dan kotoran.Beliau turut memeriksa dan memastikan kain sembahyang golongan wanita turut bersih dari sebarang kotoran.Kain-kain sembahyang yang di sediakan di Masjid Nur adalah berkat sedekah daripada orang-orang kampung yang pemurah untuk menderma.
              Beliau juga  di tugaskan untuk menjaga dan membetulkan alat pembesar suara.Beliau sentiasa memeriksaan keadaan dan posisi alat pembesar suara setiap kali hari Jumaat kerana pada hari itu alat pembesar suara sangat penting dalam menyampaikan khutbah Jumaat.Para jemaah akan dapat memberi sepenuh tumpuan dan perhatian kepada apa yang ingin di sampaikan oleh Imam semasa menyampaikan khutbah Jumaat apabila mereka dapat mendengar dengan jelas.
            Beliau juga menyatakan bahawa beliau sering menggantikan Bilal dan Imam jika mereka tidak dapat hadir kerana sibuk atau sakit.Bilal dan Iman akan menelefon telefon bimbit beliau terlebih dahulu untuk memberitahu tentang keadaan mereka.Beliau menyatakan bahawa kadang kala beliau akan membaca khutbah Jumaat  kerana di atas permintaan Imam atau para jemaah.Beliau melakukan ini dengan penuh keikhlasan hati tanpa sedikit pun perasaan marah atau jemu.
            Beliau juga di tugaskan menjaga kebersihan persekitaran dalam dan luar masjid agar bersih ,cantik dan selesa untuk terus di kunjungi oleh orang-orang kampung.Beliau menyatakan lagi bahawa beliau dan orang kampung akan mengadakan gotong –royong pada sebulan sekali untuk memastikan masjid dalam keadaan yang bersih.Andai kata beliau  mempunyai masa lapang,beliau akan membersihkan masjid seorang diri.
            Beliau juga menyatakan bahawa beliau di tugaskan untuk menyelenggara dan memastikan kolah-kolah air untuk pihak lelaki dan perempuan adalah cukup dan bersih bagi mengambil air sembahyang. Air kolah harus bersih dari sebarang najis seperti tahi cicak atau bangkai haiwan.Beliau juga memastikan sistem pengaliran dan perparitan di kawasan masjid berjalan dengan lancar tanpa sebarang sekatan atau gangguan. Andai kata ada masalah dengan sistem pengaliran atau perparitan,beliau akan beritahu kepada Imam dan Bilal.Mereka akan duduk berbincang dengan penduduk kampung untuk mendapatkan kata sepakat.
Beliau juga di tugaskan membunyikan  atau memberikan lain-lain isyarat untuk menandakan masuk waktu sembahyang.Tugas ini merujuk kepada jikalau berlakunya ketiadaan bekalan elektrik di kampung ,beliau akan mengetuk beduk dengan kuat  untuk memberitahu bahawa  sudah masuk waktu solat kepada orang kampung.Orang-orang Kampung Sungai Baru sudah mengetahui tentang budaya mengetuk beduk apabila ketiadaan bekalan tenaga elektrik  ini sejak generasi ke generasi lagi.
Beliau juga di tugaskan menjemput ustaz,ustazah atau penceramah bebas dari luar untuk memberi ceramah pada hari khamis selepas sembahyang maghrib.Beliau akan menelefon mereka untuk mengetahui kesudian dan kelapangan masa mereka menghadirkan diri ke Masjid Nur. Beliau akan memberitahu kepada para jemaah di masjid tentang tajuk yang akan di sampaikan oleh penceramah.Para jemaah di masjid selalunya akan memberi reaksi yang baik setelah dengar apa yang di sampaikan oleh Siak dan penceramah.

CABARAN-CABARAN YANG DI HADAPI OLEH HAJI ISHAK

Beliau menyatakan bahawa banyak cabaran yang terpaksa beliau hadapi selama beliau menjadi Siak di Masjid Nur ini.Cabaran yang pertama yang terpaksa beliau hadapi ialah dia terpaksa pandai membahagikan masa antara masanya bersama dengan keluarga dan masanya sebagai seorang Siak di Masjid Nur. Beliau menyatakan bahawa dia sangat bersyukur kerana mempunyai sebuah keluarga yang bahagia dan dapat menerima dan memberi sokongan kepada beliau untuk menjalankan tugas sebagai seorang Siak.
Cabaran yang kedua yang terpaksa beliau hadapi ialah beliau terpaksa bersabar berhadapan dengan anak-anak muda yang terlibat dengan aktiviti tidak sihat seperti mencuri pembesar suara dan membuat vandalisme di masjid.Beliau terpaksa membuat laporan kepada polis tentang kegiatan yang tidak sihat ini kerana ingin menjaga harta-harta milik Masjid Nur.Ada ibu bapa kepada anak-anak mereka yang di tahan memarahi beliau tetapi beliau tahu yang beliau berada di pihak yang benar.Sebelum beliau membuat laporan kepada polis,beliau sudah pun memberi nasihat kepada mereka tetapi tetap tidak di endahkan bahkan makin menjadi-jadi kerosakan yang mereka lakukan.Kesabaran yang tinggi  merupakan satu element yang penting yang perlu ada untuk menangani cabaran ini.

 Mereka itu akan dibalas dengan tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka, dan mereka pula akan menerima di dalam syurga itu ucapan selamat di dalamnya.                                                                                                  (Surah  Al-Furqan [75])

Dan kerana kesabaran mereka, mereka dibalas oleh Allah dengan syurga dan (persalinan dari) sutera.                                                             (Surah  Al-Insan [12])

Cabaran yang ketiga yang terpaksa beliau hadapi ialah beliau di tuduh atau di fitnah bahawa beliau menggunakan wang masjid untuk kepentingan dan kegunaan diri dan keluarga.Beliau dan keluarga begitu banyak bersabar pada masa itu.Beliau selalu menasihatkan kepada keluarganya agar banyakkan bersabar,tabahkan hati dan banyakkan bertawakal kepada ALLAH S.W.T. kerana hanya kepada ALLAH sahaja tempat kita dapat berserah.Beliau di tuduh menggunakan wang masjid untuk membeli kereta dan memperbaiki keadaan rumahnya.Orang yang menabur fitnah itu sebenarnya ingin menjatuhkan imej dan maruah beliau pada pandangan penduduk kampung.Berkat  kesabaran dan keimanan beliau kepada ALLAH S.W.T   beliau dapat menghadapi cabaran ini.

Diriwayatkan dari Umar bin Abdul Aziz bahawa seorang laki-laki datang kepadanya menerangkan sesuatu tentang orang lain. Maka Umar berkata kepadanya: "Kalau engkau mahu, maka kami akan memperhatikan tentang keadaanmu. Kalau engkau dusta, maka engkau termasuk orang yang disebut dalam ayat ini. "Kalau datang kepadamu orang fasik yang membawa berita, periksalah dengan saksama". Dan kalau engkau benar maka engkau termasuk orang yang disebut dalam ayat ini", "Suka mencela, berjalan membuat hasung dan fitnah". Kalau engkau kehendaki, nescaya kami memaafkan engkau. Lalu laki-laki itu berkata : "Maaf wahai Amirul Mukminin. Dan aku tidak akan mengulangi lagi untuk selama-lamanya." 

Cabaran yang ke empat yang terpaksa beliau hadapi ialah terdapat segolongan kaum lelaki yang berada di kampungnya yang tidak mahu datang ke masjid untuk menunaikan Sembahyang Jumaat.Golongan tersebut ialah golongan remaja yang nakal,lelaki dewasa yang suka melepak di kedai kopi dan lain-lain lagi.Beliau merasakan bahawa merupakan tanggungjawabnya sebagai seorang umat Islam untuk menegur golongan ini untuk menunaikan Sembahyang Jumaat.Beliau menyatakan bahawa biarlah beliau di benci kerana melakukan perkara kebaikan daripada di benci oleh ALLAH S.W.T. kerana beliau tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang khalifah di muka bumi ini.

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Barangsiapa yang meninggalkan sembahyang Jumaat tiga kali  (berturut-turut)  makan Allah SWT mengecap hatinya (sebagai munafik atau orang yang melengah-lengahkannya)” (Riwayat Ahmad).
Dari Abdullah bin Umar dan Abu Hurairah r.a keduanya menceritakan bahawa mereka mendengar daripada Rasulullah s.a.w, ketika baginda sedang berkhutbah di atas mimbar, sabdanya:”Hendaklah orang-orang yang suka meninggalkan Jumaat menghentikan perbuatan mereka itu, atau adakah mereka mahu Allah membutakan hati mereka dan sesudah itu mereka betul-betul menjadi orang yang lalai?”                                            (Riwayat Muslim)


HARAPAN DAN AMANAT  HAJI ISHAK BIN HAJI SALLEH

Beliau berharap agar generasi muda dan tua sentiasa menjunjungi masjid untuk menunaikan solat-solat fardhu dan sunat.Ini kerana masjid merupakan pusat  tamadun Islam,pusat percambahan ilmu,pusat penjagaan ayat-ayat suci,pusat ekonomi,pusat pengisian jiwa dan sebagainya.Apabila generasi muda menjadi generasi Al-Quran,maka secara tidak langsung kita dapat melahirkan golongan yang berilmu dan beriman kepada ALLAH S.W.T. dan Nabi Muhammad S.A.W.Kita juga dapat melahirkan generasi yang berhati masjid dan cintakan akhirat daripada duniawi.
Beliau juga berharap ibu bapa mengambil berat tentang hal anak-anak mereka.Ibu bapa haruslah membekalkan kepada anak-anak mereka tentang ilmu dunia dan akhirat.Janganlah terlalu menumpukan hal-hal keduniaan sehingga melupakan hal akhirat yang lebih penting dan mustahak.Ibu bapa haruslah mengajar anak-anak mereka tentang cara bersolat,puasa,membaca dan memahami Al-Quran dan sebagainya.

(Riwayat Al-Bukhari)
Bermaksud : " Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, maka kedua ibu bapanya lah yang menjadikannya Yahudi atau Nasrani atau Majusi ".

Beliau juga berharap generasi muda akan lebih menghormati orang tua atau orang yang lebih tua.Beliau berasa sungguh sedih kerana melihat gelagat orang-orang muda yang bercakap kasar dan berkelakuan tidak senonoh di hadapan orang tua.Lebih menyedihkan apabila di tegur oleh orang lebih tua,golongan muda membalas dengan mencaci maki dan mengejek dengan nada yang yang tinggi.Beliau berharap generasi muda akan menghormati dan menyayangi orang yang lebih tua.
Beliau juga berharap para pemimpin negara perlu menjadi contoh dan memainkan peranannya dengan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti  masjid.Ini kerana apabila masyarakat melihat para pemimpin mereka melibatkan diri,secara tidak langsung masyarakat akan mengikut jejak langkah para pemimpin mereka.Antara aktiviti masjid ialah ekspedisi dari masjid ke masjid, ceramah ilmiah,solat berjemaah, karnival masjid dan sebagainya.Beliau juga berharap para pemimpin memberi sokongan sama ada dalam bentuk duit atau pun masa kepada aktiviti yang di jalankan.

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah mengasihi hambanya yang bersifat taqwa, kaya jiwa serta tidak menonjolkan diri (merendah diri walaupun berpangkat tinggi)”.                            (Riwayat Muslim) 


KESIMPULAN                                                   
                       
Kesimpulannya,saya rasa beliau amat sesuai menjadi siak di Masjid Nur kerana beliau amat baik,peramah,tegas dan jujur.Ini kerana menjadi seorang Siak di Masjid bukanlah suatu kerja yang mudah seperti yang di sangkakan oleh umum.Jawatan Siak ini memerlukan penggorbanan dari segi masa untuk bersama keluarga dan rakan-rakan.Seorang Siak terpaksa menghadapi pelbagai cabaran dan masalah dalam menjalankan tanggungjawab mereka.Sebagai kelompok masyarakat,kita haruslah menghormati dan menghargai Siak dan ahli-ahli jawatankuasa masjid yang lain dalam masjid dalam menjalankan tanggungjawab mereka.

RUJUKAN



1)HAJI ISMAIL BIN HAJI SALLEH
2)HIMPUNAN HADIS-HADIS SAHIH
3)INTERNET(WWW.GOOGLE.COM)
4)ENCIK ABDUL AZIZ BIN HARJIN